Kelas Mengaji AriahKelas MengajiAriah

Kelas MengajiAriah

Kelas mengaji Al-Quran secara online

Bimbingan Al-Quran secara santai dan berhemah, disesuaikan dengan tahap setiap pelajar, daripada mengenal huruf sehingga bacaan bertajwid. Ikuti kelas terus dari telefon atau komputer anda, di mana sahaja anda berada.

Bermula 2021Diasaskan seorang hafiz Al-Quran100% online
Sesi kelas mengaji online Kelas Mengaji Ariah
Sesi kelas mengaji Al-Quran secara online bersama pengajar
ngaji santai · online · konsisten
Logo Kelas Mengaji Ariah
Tentang Kami

Bermula pada 2021, terus dengan penuh ketekunan

Semuanya bermula pada 2021, ketika pandemik COVID-19 melanda, dengan seramai 5 orang pelajar dan seorang pengajar iaitu pengasas sendiri. Matlamatnya mudah: supaya sesiapa sahaja boleh terus belajar Al-Quran dari rumah walaupun dalam keadaan sukar.

Kini, misi kami bukan sekadar membetulkan bacaan. Kami turut menitikberatkan kecintaan terhadap Al-Quran, adab dan akhlak, supaya Al-Quran terus menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian pelajar.

Kelas ini dikendalikan sendiri oleh pengasas, seorang hafiz Al-Quran yang pernah mewakili peringkat sekolah, Wilayah dan kebangsaan dalam pertandingan hafazan, sebelum menyambung pengajian hafazan di Darul Quran JAKIM.

Seperti kebanyakan pengajar di sini, pengasas turut datang daripada latar belakang perundangan dan masih aktif berkhidmat sebagai peguam.

Namun menyampaikan ilmu Al-Quran kekal menjadi misi yang dipegang bersama.

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.” Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari

  • 100% kelas online
  • Sesuai kanak-kanak hingga warga emas
  • Bimbingan bacaan & tajwid
  • Penekanan adab & akhlak

“Kami Fahami Dunia Profesional Anda Yang Sibuk.”

Mengimbangi dunia perundangan dan Al-Quran, itulah latar belakang kami. Kami memahami kesibukan anda. Ayuh seiring dunia akhirat melalui Al-Quran.

Suasana Pembelajaran

Sekilas kelas kami

Sesi kelas online mempelajari makhraj huruf
Sesi kelas mengaji Al-Quran secara online bersama pengajar
Sesi kelas mengaji online Kelas Mengaji Ariah
Kelas & Pakej Harga

Pilih kelas yang paling sesuai

Kelas online sepenuhnya. Pilih sesi ikut keperluan anda: 1x atau 2x seminggu.

Sesi Rahmah

Online · 15 minit setiap sesi

RM15/ sesi

Sesi ringkas dan padat, sesuai untuk membina asas bacaan.

  • 15 minit setiap sesi, fokus dan santai
  • Bimbingan bacaan & tajwid asas
  • Pilih 1x atau 2x seminggu
  • Sesuai semua peringkat umur
Tanya Sesi Rahmah

Sesi Hanan

Paling ramai dipilih

Online · 30 minit setiap sesi

RM25/ sesi

Sesi lebih panjang untuk pembelajaran yang lebih mendalam.

  • 30 minit setiap sesi
  • Lebih ruang untuk bacaan & pembetulan tajwid
  • Pilih 1x atau 2x seminggu
  • Sesuai semua peringkat umur
Tanya Sesi Hanan

Tidak pasti sesi mana sesuai? WhatsApp kami dan kami bantu cadangkan.

Kenapa Pilih Kami

Sebab pelajar & ibu bapa percayakan kami

01

Bimbingan sabar & ikhlas

Setiap pelajar dibimbing dengan tenang dan sabar, tanpa tekanan. Sesuai untuk yang baru mula atau mula semula.

02

Sesuai semua peringkat umur

Daripada kanak-kanak, remaja, belia, dewasa sehingga warga emas: semua digalakkan untuk terus belajar mengaji.

03

Belajar dari mana sahaja

Kelas 100% online. Anda hanya perlukan telefon atau komputer dan sambungan internet untuk mula belajar.

04

Lebih daripada sekadar bacaan

Selain tajwid dan bacaan yang betul, kami turut menitikberatkan adab dan kecintaan terhadap Al-Quran.

Sedia untuk mulakan kelas pertama?

WhatsApp kami untuk tanya apa-apa pun: pakej, jadual atau nak mula belajar mengaji.